Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Syarat Kemasukan

Thursday 9 January 2014

KEMASUKAN PELAJAR

Syarat-syarat kemasukan di Maahad ini adalah seperti berikut :

i.    Pelajar lelaki yang telah tamat pengajian tahun 6 Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Rendah Kebangsaan/ Sekolah Rendah Islam,
ii.   Lulus ujian kemasukan iaitu mempunyai ciri-ciri berikut :
a-     Boleh membaca al-Qur’an dengan baik dan lancar,
b-      Kemampuan menghafal al-Qur’an,
c-      Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik
III. Bersedia tinggal di asrama dan sanggup mematuhi peraturan sekolah.

YURAN PERSEKOLAHAN

Pihak pentadbiran telah menetapkan yuran pembelajaran kepada yuran pendaftaran dan yuran bulanan. Jumlah yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 410.00 setahun dan yuran bulanan adalah sebanyak RM 3,000.00 setahun.

AGENDA PENDIDIKAN

Secara umumnya agenda pendidikan sekolah ini adalah berkonsep modul tiga dalam satu iaitu hafazan al-Qur’an, mata pelajaran agama dan mata pelajaran akademik. Sistem pembelajaran pula dibahagikan kepada dua peringkat (marhalah). Peringkat pertama bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Peringkat kedua pula bermula daripada tingkatan empat, lima dan kelas khas.

Manakala sistem peperiksaan pula dibahagikan kepada dua aliran iaitu peperiksaan sekolah dan peperiksaan kerajaan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang tamat daripada sekolah ini mempunyai sijil daripada sekolah iaitu Sijil Khatam al-Qur’an dan Sijil Empat Thanawi. Manakala daripada kerajaan Malaysia pelajar akan memperolehi sijil PMR dan SPM.

SASARAN HAFAZAN

Sasaran hafazan al-Qur’an setiap pelajar adalah seperti berikut:
Tingkatan
Juzuk Manima
Catatan
Tingkatan 1
5 Juzuk

Tingkatan 2
7 Juzuk

Tingkatan 3
6 Juzuk

Tingkatan 4
7 Juzuk/ Pakar al-Qur’an

Tingkatan 5
5 Juzuk/ Pakar al-Qur’an
Peperiksaan SPM
Kelas Khas
Pakar al-Qur’an
Empat Thanawi
ALIRAN PENGAJIAN

Pelajar yang tamat sekolah ini boleh menyambung pengajian mereka ke IPTA/ IPTS dalam dan luar Negara. Setakat ini, pihak sekolah sudah membuat perjanjian bersefahaman (MoU) dengan Kolej Tinggi al-Qur’an, Sana’a Republik Yaman, Universiti Abu al-Nur, Damsyik, Syria, Universiti al-Qur’an, Khortum, Sudan dan IAIN al-Raniry Aceh, IAIN Pekan Baru, Indonesia.

1 comments:

Anonymous,  31 October 2016 at 21:23  

ASSALAMUALAIKUM..saya nak buat pertanyaan.semasa membuat permohonan melalui online,saya telah memilih cawangan kampar.boleh ke saya buat pertukaran permohonan dicawangan slim river?

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP